Berikutan pandemik COVID-19, kami maklum akan kebimbangan anda untuk membayar hutang kad kredit semasa tempoh kritikal ini.
Justeru, kami telah menyediakan beberapa jenis bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan anda.
Anda ingin mengurangkan komitmen bulanan untuk membayar hutang kad kredit anda? Anda boleh memohon untuk menukar baki penyata terkini anda kepada Pinjaman/Pembiayaan Bertempoh sehingga 36 bulan pada kadar faedah 13% setahun. Mohon di sini.
Ambil maklum bahawa penukaran ini dibenarkan hanya sekali.
Menghadapi kesukaran untuk membayar baki kad kredit anda yang telah ditukar kepada Pinjaman/Pembiayaan Bertempoh dan memerlukan bantuan kewangan selanjutnya? Sekiranya anda telah menukar baki kad kredit anda kepada Pinjaman/Pembiayaan Bertempoh, anda boleh memilih untuk TRA+ mengikut kelayakan anda dan tertakluk pada kriteria di bawah:
Anda boleh memilih untuk TRA+ yang berikut berdasarkan perakuan sendiri. Tiada dokumen sokongan diperlukan.
Untuk menyertai, sila klik di sini
Pilihan di Tangan Anda.
Rekod CCRIS tidak akan terjejas oleh TRA+.
Tiada kos tambahan akan dikenakan kepada bahagian Pinjaman/Pembiayaan Bertempoh kad kredit di bawah TRA+.
Untuk Soalan Sering Ditanya bagi Bantuan Pembayaran Balik / Bayaran di bawah PEMULIH (TRA+), sila klik di sini
Untuk pelanggan individu yang tidak layak untuk TRA+, anda boleh merujuk kepada Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) sekiranya anda memerlukan kaunseling kewangan bagi pembayaran balik hutang kad kredit anda. AKPK diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberi perkhidmatan percuma bagi pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan hutang untuk individu. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-2616 7766.
Beritahu kami sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut dan kami bersedia untuk membantu. Sila hubungi Talian Hunting Bantuan Kad Kredit Public Bank @ 03 - 2176 8000 atau e-mel kepada pbcardcrcontrol@publicbank.com.my.